Saturday, April 24, 2010

Salam semua....agak lama juga saya tidak update kan blog ini. Banyak faktor menyebabkan aku tidak sempat untuk mengemaskininya. Tetapi hari ini tiba-tiba hatiku tergerak untuk menjenguk blog ku yang semakin terabai ini dan insyallah saya akan cuba mengemaskininya semula....

Wednesday, November 5, 2008

Fakta dari Internet yang perlu kita tahu.....

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

keseronokan bekerja

semua orang inginkan keseronokan dalam bekerja tapi bukan semua orang bertuah memperolehi keseronokan itu kan? apa pun saya boleh dianggap bertuah juga kerana bekerja di RTM kerana saya merasa keseronokan bekerja di Tawau Fm. walaupun kadang-kadang beban tugas tu datang berganda-ganda tetapi itu semua perlu dilalui untuk dijadikan pengalaman hidup. Apa yang seronoknya? seronok kerana dapat mencurahkan idea dan kreativiti melalui penyampaian dan penerbitan rancangan untuk disampaikan kepada pendengar sekaligus menjadi ilmu berguna kepada semua. Apa yang seronoknya lagi? seronok kerana saya dapat merapatkan lagi sillaturrahim dengan semua orang dari pelbagai lapisan bangsa dan taraf kedudukan. melalui kerja ini jugalah saya dapat menginjakkan kaki ke tempat yang lebih jauh dan mengenali budaya hidup orang.
Apa pun prinsip bekerja "mengajar dan belajar" perlu di amalkan sampai bila-bila....

Tuesday, November 4, 2008

Kampung ku di mana?

Ku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung yang dinamakan sebagai Kampung Tanjung Batu Darat. Nama saja kampung tapi oleh kerana dah terletak di pinggir bandar...kena juga tempias cara kehidupan orang bandar tu di kampung ni. Dari kampung ni cuma lebih kurang 7 minit saja ( kalau jalan tak sesak ) dah sampai bandar. pengangkutan sangat mudah seperti bas dan teksi. berhampiran kawasan kampung juga terdapat sekolah, klinik, surau, supermarket dan gerai-gerai jualan kuih muih dan makanan...cuma penduduknya semakin hari sudah semakin padat dengan pelbagai suku kaum dan agama. itulah namanya kepesatan....

Monday, November 3, 2008

Kursus Radio Interaktif di Iptar


Mula berkursus 03 Nov - 06 Nov. Tenaga Pengajar En.Azli Paat dari DAPAT VISTA SDN BHD. Pengisian lebih kepada memahami komponen Radio Interaktif, Mewujudkan Laman Blog dan Laman Web serta memahami Kemudahan SMS/MMS Radio Interaktif. Inilah pengajaran berharga buat semua peserta kursus. Semoga Cikgu Azli Paat tak sia-sia mengajar, walaupun kursus hanya empat hari sahaja tetapi cukuplah untuk menambah ilmu pengetahuan khususnya dalam dunia internet...tq Iptar...tq Cikgu Azli dan last sekali tq very much pada semua kawan-kawan kursus yang lebih tahu untuk membantu memberitahu dan mengajar pada kawan-kawan yang kurang tahu (macam sayee....!!) Peserta kursus tak ramai...16 orang saja.